Kau Tetap Kawan Aku... (1)

Aku pernah terbaca satu ayat dalam sebuah novel ni, 'Bila kita berkawan baik dengan seorang lelaki, tak mustahil salah seorang akan jatuh cinta' . Ayat itu membuatkan aku berfikir dua tiga kali. Kenapa? ahaaa!! Kerana aku melalui perkara yang sama.

Setahun yang lepas....

'Lam, petang ni online tau. Aku ada banyak citer ni..'

'Ye la ,Sya. Petang ni aku online. Kau ni memang sentiasa ada banyak cerita eh?? hahaha,, Ape-ape je la. Kul 3.30 aku onn tau. Jangan kau tak onn pulak. Memang nak kene flying kick aku je nanti'  Azman membalas mesej aku.

Hatiku melonjak riang. wohooo!! Tak sabar rasanya nak cerita kat kau. Cume kau je yang sanggup dengar cerita aku. Kau je yang rajin balas mesej aku. Sampaikan kalau aku kehabisan kredit,dia sanggup topupkan aku supaya aku dengar cerita dia dan dia tak  nak ketinggalan dengar cerita aku pulak. Itulah kami... Seringkali berkongsi cerita. Persahabatan kami dari darjah 4 kekal hingga sekarang. Alhamdulillah,,,

"Adoii, sakit la!! ape ni!! " aku tersentak dari lamunan dan menjerit kesakitan. Cis! bedebah sungguh abangku yang satu ni. Suka sangat kacau time aku tengah berangan macam ni. Baru je nak mengimbau kenangan silam. Kacau daun betul la mamat ni.

"Hoi!! berangan ea?? Tak habis-habis berangan. Baik Sya pergi tolong abang angkat kain kat luar tu. Bila hujan kang, Sya jugak yang susah kan?? " oh tidakk!! abang sudah mulakan ceramah Zohornya.

Aku bergegas ke luar dan mengangkat semua kain yang dijemur abang pagi tadi. Dijemur ABANG?? hahaha.. ye, memang dia yang jemur. Nak harapkan aku?? Memang tak bergerak le baju kotor dalam bakul tu. Cepat!! Cepat!! dah pukul 3.15 dah ni. Aku ada date pukul 3.30 nanti. Date? woahh!! bunyi macam komersial sangat ek?? haha,, okeyh.. jumpe kawan.. Aku bergegas masuk kedalam rumah bersama-sama sebakul baju yang sudah kering.

Setelah selesaikan semua urusan, aku segera mendapatkan laptop ibuku di atas meja. Aku terus menaip e-mail dan password ku dan.. enter! kini aku sudah berada di alam maya.. Mana mamat ni?? dah pukul 3.30 dah ni.

Azman Cool : salam, lama tunggu??

Sya Eirah      : wasalam,, lame sangattt.. mane kau pegi haa?? 10 minit aku tunggu tawuu

Azman Cool : alaa,, sori la... aku baru balik dari kedai. mak aku suruh beli santan. ape cerita kau?

Sya Eirah     : ye la,, cerita ea?? hurmm~ senanya aku ngan ifa da rancang nak buat reunion hujung minggu ni..

Azman Cool : so?? ni mesti kau nak mintak tolong aku kann??

Sya Eirah     : ahaaaa!! kau memang genius. aku ta cakap pape lagi.. aku nak kau bagitau budak lelaki yang
                      lain then, suruh diorang komfem kan cepat sikit. boleh?? Boleh la man... Azman yang comel...
                      tolong la,,

Azman Cool : pandai kau nak membodek aku ea,, oke la,, nanti aku cakap ngan diorang. tapi tak sume la ea.
                      mane2 yang aku tau number fon je la,,

Sya Eirah     : yeahh!! thanx man!! sayang kau.. tak kesah la,,kau mmg bestfren forever aku la,,

Azman Cool : nasib baik la kau ni kawan baik aku tau. kalau bukan memang aku tak tolong.

Sya Eirah     : okeyh,, thanx!! aq kene out dulu.. bye!!

Azman Cool : bye!! aku sayang kau jugak, kawan...

yeahh!! settle sudaa.. sekarang tunggu persetujuan diorang je. Harap-harap ramai setuju la. Lagi ramai lagi best.. Meriah sikit,, bak kata orang laa....

beberapa hari kemudian....

tett...tett... henfonku berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Azman! haa!! Aku terus menekan buutang 'read'.

'wei, aku da bagitau diorang dan yang dapat ikut cume 5 orang je.. Syahmi, Adib, Arif, Shahzmie ngan Iqbal. sori la. diorang da ade rancgn masing2. -------------------------------^ mesti kau suke sebab orang kat atas uh dapat ikut kann?? hehe '

'laa,, 5 orang je ke?? ta pe la.. nak wat cane lagi kann?? whatt??? Syahmi ikut sekali?? hurrmm~ biarlah dia nak ikut sekali.. coiittt, tak bermakna aku suke okeyh,, kalau kau nak tau, Arfah ikut sekali tau.. suke ta?? hahaha,,,'

Itulah kami. Suke mengusik antara satu sama lain. Yeaayy!! Besok nak hangout ngan kawan-kawan! tak sabarnya,,

Pagi yang ditunggu telah pun tiba. Selepas bersarapan, aku pergi bersiap untuk hangout bersama kawan-kawan di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Aku mengenakan seluar slack berwarna coklat, t-shirt muslimah berwarna krim dan pashmina berwarna coklat. Sesekali berpakaian seperti ini, memmbuatkan aku rasa seperti seorang gadis yang ayu,, Amboii!! perasan pulak.. honn!! honn!! Alamak!! abang dah tunggu dalam kereta tu. Setelah menyapu sedikit bedak kemuka, aku terus mencapai bag sandang ku dan terus berlari ke luar rumah. Aku memakai sandal berwarna hitam. OOppss!! tak lupa juga skinsock yang berwarna kulit.

Kami ke DP dahulu sebelum ke MP. Semasa di DP, kami terpisah. Maksud aku, budak lelaki dan perempuan terpisah. fahamm?? heee~ Setelah menghabiskan masa selama 2 jam 1/2 di pawagam, kami mengambil keputusan untuk berhenti solat dahulu memaandangkan jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Kami menuju ke MP untuk bermain bowling pada pukul 3 petang. Di sana, kami berjumpa.

"woohoo!! strike!! " aku berkata dalam gembira. First time main terus strike. hahahaa

"elehh,, setakat strike skali aku pon bole buat laa" sergah Azman dari belakang. Kus semangat.. Entah dari mana mamat ni datang pon aku tak tau. Penampilannya berubah sama sekali. Dia kelihatan bergaya hari ini. Astaghfirullahh.. aku cepat-cepat beristighfiar.. Dia tu kawan baik aku tawuu..

"kau ni tak reti nak beri salam ea?? dibuatnya aku ada sakit jantung, mau pengsan aku kat sini. sape yang susah? aku jugak.. " aku sudah mula membebel. Siapa suruh sergah orang sesuka hati. Padan muka.

"ape susah. kau pengsan, Syahmi ade boleh angkat kau. hahaha" Azman sudah mula menyakatku. Syahmi yang baru sahaja menyudahkan balingannya memandang aku. Dia tersenyum. Aku mengalihkan pandangan aku. Kata-kata Azman tidak ku jawab. Syahmi ialah cerita masa lalu ku. Aku tak suka cerita lama diungkit kembali. Aku terus duduk dan mencapai botol air mineral dari dalam beg. Azman hanya memandangku. Mungkin dia sedar yang dia sudah pon membuat aku rasa sakit hati.

"Sya, sori. aku gurau je tadi. don't take it serius. aku lupa fasal kau dengan dia dulu. sori ok? jangan la ngajuk ngan aku macam ni. bukan selalu dapat jumpa pon. lagi satu, kau nampak cantik harini. aku tak tipu. kau nampak cantik sangat harini"

Elehh... kau ingan aku tak tau yang kau nak bodek aku?? ppiraahh..  copp! tak baik la pulak buat dia mcam ni. Dah la dia banyak tolong aku.

"just forget about it. jom lawan ngan aku nak?? sape kalah kene belanja makan aiskrim.. bole? "

"oke, ta de hal.. macam ni la. da lame tak tengok kau happy macam ni tau tak"

Aku cume tersenyum. Aku terus menuju ke deretan bola bowling dan mengambilnya satu. Dan.. alaa,, spare je.. Azman di belakang sudah ketawakan aku terbahak-bahak. Cis! Tak guna punya kawan. Ketawa kan aku pulak.

"ready kan duit kau ea.. tak sabar nak makan aiskrim free ni"  kata Azman seraya melangkah ke deretan bola bowling. Aku hanya menjelingnya. Elehh,, blom main dah nak belagak. Kita tengok dulu la.. Azman mengangkat bola bowling dan membalingnya dengan penuh yakin.... HAHAHAHA!! giliran aku ketawakan dia.. Rakan-rakanku yang lain juga ketawakan dia. Masuk longkang! Cakap je lebih. Tu la... Lain kali jangan yakin sangat. pergghh!! Dia buat muka selamba je.. Jangan yakin sangat Azman..

beberapa minit kemudian,,

"cepat belanja aku aiskrim.. aku tuntut tau.. jangan main-main dengan Syahirah..." aku berkata sambil mengenyitkan mata ke arahnya. hahaha.. Padan muka kau. Kan dah kene belanja aku..

"ye la.. nanti balik kang aku belanja. tapi kau kene jalan ngan aku la. bole? " kata Azman. alahh,, setakat tu je.. demi aiskrim, ape pon bole.

"bole jerr,, tapi Ifa ikut sekali la. die balik ngan aku" kataku. Aku mengeluarkan kamera dari begku dan menekan butang onn. Semua gambar aku ambil. Tak terlepas juga....

                             bersambungg,,, :)

0 comments:

Post a Comment

 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |