Tak terlepas juga aku dan Azman mengambil gambar bersama. Kerana mengenangkan Azman banyak membantu aku dlm banyak perkara, aku akhirnya bersetuju mengambil gambar bersama. Beria-ia benar dia hendak mengambil gambar bersamaku. Waktu sudah menginjak ke jam 5.00 petang. Aku harus pulang sekarang. Abangku sudah hantar mesej menyatakan yang dia sedang menungguku di parking kereta. Baik aku cepat. Tak pasal-pasal kang kene dengar ceramah dia. Tak sanggupp!!
" k lah korang. aku kene gerak dulu. pak lebai dah tunggu kat bawah. Ifa, jom! " panggilku. Setelah itu, kami bersalaman. Dengan PEREMPUAN je okay!! Aku memandang Azman. perrgghh,, Dia buat tak tau je dengan renungan aku tu.
" Aku tunggu ni,, " kataku sambil tersenyum ke arah Azman. hehehe,, Kau ingat senang aku nak bagi kau lupa??
" hehe,, ye la2.. jom! " kata Azman sambil mengambil beg galasnya. Dia memang tak boleh renggang dengan beg galasnya tu. Dah macam orang perempuan aku tengok. haha,, Sepanjang perjalanan, kami berbual. Macam-macam perkara yang kami bualkan. Akhirnya kami berhenti di hadapan salah sebuah kedai disitu. Aku dan Ifa memandangnya dengan pandangan yang aneh. Jangan cakap dia nak beli aiskrim kat sini pulak..
" korang berdua tunggu sini jap. aku pegi beli aiskrim. jangan nak pilih2. makan je ape yang aku beli " dengan muka selamba dia masuk kedalam kedai tersebut. hisshh,, Geram pulak rasanya.
" hai! korang buat ape kat sini? ingat kan da balik,, " Oh no!! Apa yang mamat ni buat kat sini. Aku yang fikir dia dah balik tawuu. Siap senyum-senyum lagi.
" kitaorang tengah tunggu pak cik cashier tu. nak ajak balik sama-sama " balasku selamba sambil tersenyum. hehh? Pandai-pandai fikirla buat ape kat kedai ni. Takkan nak ajak pakcik tu balik sama kot. haiishh,, Apsal dia tak masuk-masuk kedai lagi ni? Siap berdiri sebelah aku lagi. Azman ni mane? Tak pasal-pasal kene flying kick aku karang. Beli aiskrim ke buat aiskrim?
" ko jangan ambil hati la dengan Sya ni. senanye kitaorang tengah tunggu si Azman ni. lambat sangat beli aiskrim " kata Ifa. Dia faham apa yang sedang bermain di fikiranku ketika itu.
"weyhh korang! sori lambat. nah ambil ni. sorang satu" kata Azman sambil menghulurkan aiskrim kepada aku dan Ifa. Dann... Syahmi pon dapat? What the?? huhh!! Ni mesti rancangan kau kan Azman?? Patut la mamat ni tak bergerak-gerak dari tadi. perrghh!!
" ko 'buat' ke aiskrim ni?? " kataku sambil memandangnya geram. Dia memandangku sambil tersengih. Aku da agak da! Memang nak kene tau tak.
" aa'h. aku baru buat. tu yang lama sikit. kan adil kalau sorang satu dapat" balasnya selamba. Kemuadian, kami berlalu dari situ. Dan kini kami bukan lagi bertiga, tapi berEMPAT! Macam-macam yang mamat ni tanya aku. Aku jawab nak tak nak je. Hambooii,, budak berdua tu dah kedepan. Aku ngan mamat ni je yang kat belakang? Sebelum kami berpecah, Syahmi sempat berkata,
" you look beautiful today, Sya. This my phone number. bile-bile free mesej la. okey? bye " katanya sambil tersenyum sebelum berlalu pergi. Aku...
-------------------------------------------------------- bersambung :)---------------------------------------
hehe,, bile saya balik dari asrama nanti saya sambung ea,, bye!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Suhailah Salahuddin





0 comments:
Post a Comment