Aku mendail nombor telefon Azman dan menekan butang call. Dalam fikiran, aku sedang merangka ayat untuk bercakap dengan Azman. alahh,, Kenapa masuk peti suara je? Hampir 3 kali aku mendail, hanya suara operator yang ku dengar. Aku sedikit hampa. Tak pe lah, bagi mesej je.
'man, call aku balik pukul 9 malam nanti'
Tepat pukul 9 malam, telefon bimbitku berdering. Azman! Cepat betul mamat ni telefon. haha.. Nak gelak pon ada.
" helo.." satu suara menyambut sebaik aku mengangkat telefon.
"Assalamualaikum!! " ujarku dengan nada ceria. Kenapa ceria? Supaya Azman tak rasa yang aku marah kat dia lagi.
"Waalaikumsalam, Sya.. aku nak minta maaf kat kau fasal haritu. aku tau aku dah sakitkan hati kau. aku buat ikut suka aku je. aku minta maaf, Sya. maafkan aku. aku sayang kat kau," ujar Azman panjang lebar. Aku tak sempat nak cakap pape lagi dia dah mula dulu. Tak apa lah. Kesian bestfriend aku sorang ni.
"hahaha! Azman! rilek la,, akudah tak ambil hati la. memang semalam tu aku emo sikit. tapi kan.. aku rasa sunyi bila tak borak dengan kau. sebab tu aku lembutkan hati aku. yang penting kau jangan buat lagi ea?" kataku sambil menarik nafas lega. Fuhh!! Aku memang tak boleh nak gaduh lama-lama dengan si Azman ni.
"okay! aku janji! aku tak buat lagi, melainkan terpaksa.. hehe,, aku gurau je. thanks, Sya. k la. aku nak kene buat kerja sikit ni. bye! Assalamualaikum! Sayang kau, " balasnya. Yeahh!! PEACE NO WAR,, Aku tersenyum sambil menjawab salamnya sebelum mematikan talian. Sejak malam itu, hubungan kami kembali normal. Kembali berbalas mesej hampir setiap hari. Hubunganku dengan Azman semakin rapat.
Awal tahun 2012....
Aku membalas mesej yang dikirim Syahmi. Sudah hampir seminggu kami berbalas mesej. Pelik? haha.. Hubungan kami sudah mula baik. Ianya bermula apabila pada suatu petang, aku mendapat satu panggilan daripada nombor yang tidak kukenali. Setelah itu, barulah aku tahu punca sebenar peristiwa lalu selepas Syahmi menerangkan segala-galanya padaku petang itu.
Azman pula semakin galak menyakatku apabila mengetahui bahawa aku dan Syahmi sudah mula berbaik. Namun, sejak kebelakangan ini, aku merasakan sesuatu yang sukar untuk ditafsir setiap kali aku berbicara dengan Azman mengenai Syahmi. Dia seolah-olah enggan melayanku seperti dahulu sebaliknya suka menukar topik perbualan. Pernah pada suatu hari, dia merajuk denganku.,
'Sya, kau ni dah tak ada topik lain ke? asyik-asyik Syahmi. bila aku suruh kau mengaku yang kau suka dia lagi ke tak, kau tak nak ngaku. aku ni dah semacam tak ada fungsi tau tak?' mesejnya kali ni membuatkan ku tersentak. Aku susahkan dia ke? Ataupun, dia dah bosan dengar cerita aku? Kenapa dengan dia ni? Aku mula memikirkan semula kata-kataku kepadanya selama ini. Haiishh,, Takkan lah pulak dia.. Ish,, tak mungkinlah... Nauzubillahiminzalik,,
---------------------------------------bersambung---------------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Suhailah Salahuddin





0 comments:
Post a Comment