' man, sorry' pendek sahaja mesejku kali ini. Jika benar telahanku kali ini, apa aku nak buat? Sejak daripada itu, aku tidak lagi menghubunginya mahupun menghantar mesej kepadanya. Biarlah dia sejuk dahulu..
Beberapa hari kemudian...
tett..tett.. Telefon bimbitku berbunyi. Ada mesej! Dah lama aku tak dapat mesej sejak Azman merajuk denganku. Aku tersenyum. Memang mesej daripada dia pon.
'baby you light up my world like nobody else. the way that flipped your hair make me overwhelmed. but when you smile at the ground ain't hard to tell you don't know oh oh.. you don't know you'r beautiful'
Aku tersenyum ketika membaca mesej Azman selepas 3 hari kami tidak berhubung. Tapi kann.. kenapa mesej dia lain macam? Aku tak tau nak balas apa.
' ku akan mencintamu, selalu merindumu, seluruh jiwaku.. kau terangi aku.. engkau penjaga hatiku, terangi jiwaku, cerahkan cintaku... cinta yang abadi... ohh..ohh..' mesejnya kali ini betul-betul membuatkan ku tergamam. Aku kehilangan kata-kata.
'man??' soalku ringkas.
' Sya, aku nak jujur dengan kau. Sebenarnya, aku dah lama suka dekat kau. Sejak kali pertama kita jumpa lepas habis sekolah rendah. kau ingat tak masa kau minta aku belanja kau aiskrim? sejak itu, hati aku dah mula terusik dengan kau. tapi... aku terpaksa pendam dulu lepas Syahmi beritahu yang dia masih suka dekat kau. cuma dia malu dengan kau. sebab itu, aku buat rancangan yang pada kau, rancangan aku tu gila. aku beralah dengan Syahmi. aku tau yang kau masih suka dekat dia kan? aku cuma nak kau happy je. aku tau hasrat hati aku ni tak mungkin berbalas,'
aku mengaup muka selepas membaca mesej tersebut. Nampaknya, telahanku betul. Apa aku nak balas ni? Aku tak suka dia. Memang aku sayang dia. Aku sayang dia sebagai kawan baik aku. Aku lebih sayangkan persahabatan aku dengan dia. Aku teringat kata-kata arwah ayah, 'kalau orang tu suka dekat kita, tapi kita tak ada apa-apa perasaan dekat dia, cakap dengan dia elok-elok,'
' aku hargai perasaan yang kau ada untuk aku. tapi, aku minta maaf, man. aku tak dapat nak balas perasaan kau. untuk pengetahuan kau, aku tak ada suka sapa-sapa lebih dari seorang kawan buat masa ni. aku nak belajar dulu. benda-benda tu semua akan mengganggu aku. man, aku lebih sayangkan persahabatan kita. aku tak nak nanti sebab ni kita bergaduh. aku tak nak hilang kawan yang faham aku macam kau. aku sayang kau sebagai kawan baik aku. aku minta maaf sekali lagi. aku harap kita akan berkawan sampai bila-bila. okeyh?'
Aku terangkan semuanya pada Azman. Aku tak nak dia menaruh harapan dan perasaan terhadap aku.
'hurrmm~ baiklah, Sya. aku akan cuba buang perasaan yang aku ada ni. betul cakap kau. persahabatan kita mungkin akan hilang hanya kerana benda ni. aku pun nak minta maaf dekat kau. kita masih kawan kan?'
Aku tersenyum ketika membaca mesej yang dikirimnya. Sedikit sebanyak, ianya dapat memberiku menarik nafas lega.
'ya! kau tetap kawan aku! ' kataku. Aku tersenyum lagi. Moga persahabatan ini kekal selamanya.
----------------------- THE END--------------------------------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Suhailah Salahuddin





1 comments:
Best ah cite ni xD
Post a Comment